Nak tau keperibadian seorang lelaki tu melalui minuman kegemarannya???..sila la follow artikel kat bawah nie..:)
- LATTE
Penggemar latte adalah seorang yang sofistikated. Sikapnya yang sentiasa ingin tahu dan sentiasa ingin belajar memperlihatkan dirinya seorang yang terpelajar dan berpendidikan.Individu ini juga bersifat romantic dan penuh kasih sayang.Mereka sentiasa melakukan yang terbaik untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan pasangannya.
- KOPI
Penggemar kopi amat sesuai untuk mengendalikan perniagaan sendiri dan memiliki keperibadian yang meyakinkan. Keyakinan ini membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi.Namun begitu, mereka amat berjimat cermat hingga dianggap sebagai kedekut. Tetapi kedekut kepada orang lain bukan kepada diri sendiri. Lihat saja gaya dan penampilan mereka yang lebih suka kepada barangan berjenama. Selain itu, mereka amat cerewet dalam memilih pasangan hidup.
- KOPI SUSU
Individu yang menggemari kopi susu kelihatan, sibuk dan tidak terurus akibat kesuntukan masa.Mereka juga tidak boleh duduk diam atau boleh dikategorikan sebagai workaholic. Berikan perhatian kepada yang tersayang dan belajar menyusun jadual harian agar anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan keluarga.
- TEH
Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda.
- MOCHA
Penggemar minuman mocha adalah seorang yang lincah,suka berjenaka, sukakan cabaran dan bersifat seperti keanak-anakan. Mereka sukar untuk bersikap serius dan lebih tertumpu kepada hiburan. Mereka amat gemar bersosial dan tidak suka bersendirian.Peribadi mereka yang tidak serius dan bersikap keanak-anakan ini mungkin menjadi factor kenapa mereka masih tidak mempunyai teman istimewa kerana individu yang cuba untuk mendekati mereka sentiasa berasa ragu-ragu untuk bercinta dengan si penggemar Mocha.
- MINUMAN SEJUK
Individu yang menggemari minuman sejuk adalah mereka yang tergolong dalam kategori suka bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Selain itu, individu ini juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan setiap tugas. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.
- MINUMAN PANAS
Penampilan penggemar minuman panas kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan individu ini kelihatan lebih matang dari usia sebenarnya. Namun jangan hiraukan apa jua tanggapan orang lain. Individu ini memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan.



















